Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.

Libertarian Education Project (LEAP)


Wan Saiful Wan Jan





Ketua LEAP: Wan Saiful Wan Jan

LEAP ditubuhkan pada Mei 2008 untuk memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai libertarianisme dengan cara:

  • Menganjurkan Akademi Merdeka setiap April / Mei, Ogos, dan Disember/Januari
  • Menghasilkan penulisan dan kenyataan-kenyataan yang memberi penerangan mengenai idea-idea libertarianisme
  • Menghasilkan artikel dan blog di WauBebas.org
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk rakyat dan juga pembuat dasar untuk menerangkan idea-idea libertarianisme
  • Menubuhkan dan menyokong Kelab-Kelab Wau Bebas di seluruh negara

Akademi Merdeka
Akademi Merdeka ialah kurus pendek untuk golongan profesional muda dan pelajar universiti untuk mendidik mereka mengenai idea-idea libertarianisme. Akademi Merdeka akan melahirkan generasi alumni yang akan membantu penyebaran idea-idea libertarian secara aktif. Alumni Akademi Merdeka akan dijemput untuk menghadiri aktiviti-aktiviti lain anjuran MTT, dan, sekiranya mereka masih lagi belajar di universiti, mereka akan disokong untuk menganjurkan aktiviti Kelab Wau Bebas di kampus.

Kelab Wau Bebas
Kelab Wau Bebas akan dijalankan oleh alumni Akademi Merdeka untuk mempromosi idea-idea libertarian di universiti-universiti. Kelab Wau Bebas akan menganjurkan kumpulan diskusi, ceramah dan lain-lain aktiviti yang sesuai untuk menarik penglibatan pelajar. LEAP akan memberikan sokongan kepada Kelab Wau Bebas tetapi ahli-ahlinya akan digalakkan untuk menjalankan aktiviti sendiri.

<!--Tiandaocn.org-->