Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Project to Advance Democratic Institutions (PADI)
Ketua PADI: 'Abidin Muhriz
PADI ditubuhkan pada April 2008 sebagai usaha MTT untuk memperkukuh institusi-institusi demokratik di Malaysia seperti parlimen, sistem kehakiman, kebebasan media, dan juga kedaulatan undang-undang. Dalam rangka mencapai matlamatnya, PADI akan:
- Menganjurkan siri seminar untuk membicarakan mengenai status institusi-institusi demokratik di Malaysia
- Melaksanakan usaha untuk memperkukuh atau merobah institusi-institusi berkenaan
- Mengeluarkan kenyataan-kenyataan dan komentar
- Menjalankan aktiviti jangka panjang untuk memperkukuh demokrasi di Malaysia
Backbenchers’ Research and Analysis Service (BERAS)
BERAS ialah projek jangka panjang PADI yang pertama. Matlamat BERAS ialah untuk memberikan maklumat dan hasil kajian independen kepada ahli-ahli parlimen Malaysia dengan cara menganjurkan seminar bersama pakar-pakar polisi, penghasilan kertas-kertas cadangan, dan juga membolehkan ahli-ahli parlimen mengakses pakar-pakar yang sesuai. Model yang digunapakai ialah apa yang diamalkan oleh Parliamentary Resource Unit di Britain.

