Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Akademi Merdeka Ogos 2008
22 – 24 AUGUST 2008.
HOTEL RESIDENCE, SELANGOR, MALAYSIA.
Anda mahukan kedaulatan undang-undang? Anda bimbang jika pasaran bebas akan melahirkan ketidakadilan sosial? Pernahkah anda terfikir apa maksud sebenar kebebasan? Adakah anda mahukan negara anda mempunyai institusi-institusi liberal demokratik yang benar-benar kukuh? Jika ya, marilah menyertai siri Akademi Merdeka untuk meneroka persoalan-persoalan ini dengan lebih mendalam.
Anda mahukan kedaulatan undang-undang? Anda bimbang jika pasaran bebas akan melahirkan ketidakadilan sosial? Pernahkah anda terfikir apa maksud sebenar kebebasan? Adakah anda mahukan negara anda mempunyai institusi-institusi liberal demokratik yang benar-benar kukuh? Jika ya, marilah menyertai siri Akademi Merdeka untuk meneroka persoalan-persoalan ini dengan lebih mendalam.
Kami menjemput warga Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei untuk meyertai Akademi Merdeka kali pertama yang akan diadakan pada 22 – 24 Ogos 2008 (Jumaat – Ahad) di Hotel Residence,UNITEN, Bangi, Selangor, Malaysia. Penyertaan dibuka kepada para pelajar universiti, graduan, serta golongan profesional muda. Kami mengalu-alukan mereka yang bersimpati dengan idea-idea liberal klasik dan libertarian, atau mereka yang ingin tahu lebih lanjut.
Akademi Merdeka merupakan satu program unik yang akan mencabar minda dan membina daya intelektual anda. Nikmati juga peluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berkongsi idealisme anda.
Akademi Merdeka kali pertama ini juga akan menyaksikan pelancaran rasmi portal web WauBebas.org.
Sertai Akademi Merdeka, dan sertailah keluarga WauBebas.org!
Instruktor utama
Instruktor utama Akademi Merdeka kali ini ialah Dr Tom G Palmer, ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Malaysia Think Tank London. Dr Palmer ialah Timbalan Presiden Hubungan Antarabangsa di Cato Institute, Washington DC. Beliau juga merupakan Pengarah Pusat Pengembangan Hak Asasi Manusia dan Pengarah Universiti Cato. Sepanjang tahun 1980-an sehingga awal 1990-an beliau aktif mempromosikan idea-idea liberal klasik di negara-negara blok Soviet dan beliau terus terlibat di rantau tersebut melalui www.cato.ru, satu program anjuran Cato Institute dalam Bahasa Rusia. Beliau juga terlibat dalam aktivit-aktiviti CatoInstitute di Eropah. Di bawah seliaan beliau, Cato Institute berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Arab, Parsi, Bahasa Kurd, Azeri,Portugis, Cina, dan juga di seluruh Afrika.
Sebelum menyertai Cato Institute, Dr Palmer merupakan Fello H. B. Earhart di Kolej Hertford, Universiti Oxford. Beliau juga bekas Timbalan Presiden di Institute for Humane Studies di George Mason Universiti. Beliau kerap kali dijemput untuk berceramah di Amerika Utara, Eropah, Eurasia, Afrika, America Latin, China dan Timur Tengah dalam pelbagai topik termasuk sains politik, pilihan awam, masyarakat sivil, dan juga asas-asas moral, perundangan serta sejarah hak individu.
Dr Palmer banyak menghasilkan ulasan dan artikel mengenai politik dan moral dalm jurnal-jurnal tersohor termasuklah Harvard Journal of Law and Public Policy, Ethics, Critical Review, dan Constitutional Political Economy. Penulisan beliau juga disiarkan dalam Slate, Wall Street Journal, New York Times, Washington Post, dan The Spectator.
Dr Palmer mendapat ijazah BA daripada St Johns College di Annapolis, Maryland, ijazah MA dalam bidang falsafah daripada The Catholic University of America, Washington DC, dan ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang politik daripada University Oxford.
Kandungan program
Anda datang dengan fikiran yang terbuka dan anda kembali dengan kefahaman yang lebih baik mengenai idea-idea liberal klasik dan libertarian. Itu tujuan kami. Akademi Merdeka diolah untuk membolehkan matlamat ini dicapai.
Dalam Akademi Merdeka ini, kita akan membincangkan isu-isu penting seperti:
- Malaysia selepas 8 Mac 2008: Ke Arah Politik Berteraskan Idea
- Ideologi-ideologi politik dan apa itu liberalisme klasik / libertarianisme
- Kritikan terhadap liberalisme klasik
- Konsep pemerintahan terhad dan kenapa kerajaan perlu dihadkan
- Erti kebebasan individu dan kenapa ia penting
- Bagaimana sistem pasaran bebas berfungsi
- Bolehkah sistem pasaran bebas menghasilkan keadilan sosial
- Kepentingan idea dalam pembinaan negara
Akademi Merdeka akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama.
Peserta Akademi Merdeka juga akan menyertai satu seminar khas mengenai “Kedaulatan Undang-Undang” pada hari Ahad 24 Ogos, 2 – 4 petang, yang dianjurkan oleh Project to Advance Democratic Institutions (PADI), Malaysia Think Tank.
Lokasi program
Hotel Residence di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menyediakan suasana yang nyaman untuk Akademi Merdeka kali ini. Pemandangan tasik yang menarik dan juga persekitaran yang dihias indah akan membolehkan peserta menikmati program sepenuhnya. Hotel Residence kini semakin dikenali. Ia terletak berdekatan dengan Kajang-Puchong Expressway, serta tidak jauh daripada KLIA dan juga Kuala Lumpur. http://www.residenceatuniten.com/
Yuran penyertaan dan kos penginapan
RM375 – termasuk makanan bermula Jumaat malam sehingga tengah hari Ahad, ceramah, buku, fail delegasi, dan juga penginapan di Hotel Residence (berkongsi bilik twin). Semua peserta dikehendaki bermalam di Hotel Residence sehingga tamat program.
Bursari
Malaysia Think Tank London menawarkan bursari untuk mereka yang layak. Peserta boleh memohon bursari untuk menampung keseluruhan atau sebahagian daripada yuran penyertaan dan penginapan. Kami tidak membiayai kos pengangkutan.
Tarikh tutup
Tarikh tutup permohonan ialah Isnin 11 Ogos 2008
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Noor Amin bin Ahmad (amin@malaysiathinktank.org)

