Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Wan Saiful Wan Jan
Jangan terperangkap agenda Barat
Oleh Wan Saiful Wan Jan
9/9/09: Jangan kita terperangkap dengan kata-kata manis aktivis alam sekitar yang hanya mengikut telunjuk negara-negara Barat, dan mengenepikan kepentingan pembangunan negara kita sendiri serta fakta sains mengenai perubahan iklim dunia.
Pengurusan air: swasta atau kerajaan?
Oleh Wan Saiful Wan Jan
16/8/2009: Untuk meraikan Minggu Air Antarabangsa kali ini, Malaysia Think Tank menerbitkan satu buku dalam Bahasa Inggeris bertajuk “Water Provision in Malaysia: Privatise or Nationalise?” (Pengurusan Air di Malaysia: Swasta atau Kerajaan?”), dengan sokongan daripada sebuah badan pengkaji antarabangsa yang berpusat di London, International Policy Network.
Liberalisasi ekonomi tindakan bermoral
Oleh Wan Saiful Wan Jan
27/07/09: Saya harap kerajaan memastikan polisi negara dalam hal ini adalah sekata. Tidak ada gunanya jika Perdana Menteri bersusah payah mempromosikan kebaikan pasaran yang liberal, tetapi menteri-menteri lain berkempen “Beli Barangan Malaysia”. Kempen sebegini berlawanan dengan semangat liberalisasi yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri.
Sekolah, keusahawan sosial, dan perpaduan kaum
Oleh Wan Saiful Wan Jan
23/7/09: Salah satu tanda kejayaan mereka ialah hari terbuka yang mereka jalankan pada awal tahun ini. Buat pertama kali dalam sejarah kawasan berkenaan, lebih daripada dua ribu orang penduduk pelbagai kaum dan agama menghadiri hari terbuka dan bergaul mesra antara satu sama lain. Syarikat keusahawanan sosial itu telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan antara kaum-kaum yang berbeza.
Memperbaiki sekolah dengan keusahawanan sosial
Oleh Wan Saiful Wan Jan
25 Jun 2009: Sejak kebelakangan ini ramai yang memberi pandangan bagaimana sistem pendidikan negara kita boleh diperbaiki. Tetapi saya bimbang jika semua dasar pendidikan negara hanya diputuskan oleh beberapa orang individu di Putrajaya. Seharusnya, semua ibu bapa dilibatkan dalam proses ini. Bukan setakat dalam proses awal penggubalan dasar sahaja, tetapi ibu bapa perlu terlibat setiap hari dalam usaha mempertingatkan kualiti sekolah di negara kita.
Eratkan hubungan dengan parti Konservatif Britain
10 Jun 09: Parti Konservatif Britain merupakan sebuah parti yang mendokong prinsip-prinsip kebebasan. Parti tersebut membekalkan Britain dengan pemimpin-pemimpin yang menghapuskan jual beli hamba abdi, menghapuskan “Akta Jagung” yang menghalang perdagangan bebas, dan juga membantu menghapuskan pengaruh komunis. Beberapa orang pemimpin parti Konservatif juga membantu tanah air kita selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya, David Gammans dan Lord Marchwood berjasa menolong para pejuang kemerdekaan menentang Malayan Union.
Wakil rakyat dan wang rakyat
Oleh Wan Saiful Wan Jan
28 Mei 2009: Saya rasa di keluarga di raja Britain lebih telus daripada wakil rakyat di sini. Akaun pendapatan dan perbelanjaan tahunan keluarga di raja Britain boleh diperolehi secara terbuka sejak beberapa tahun lepas. Mungkin institusi raja di Malaysia boleh mengorak langkah yang sama dan menunjukkan kepimpinan, seperti yang telah dibuat oleh keluarga di raja Britain.
Sokong Pandangan Dr Asri: Bebaskan Institusi Fatwa
27 April 2009
Oleh: Wan Saiful Wan Jan
Kali pertama saya bertemu Dr Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis, ialah pada bulan Disember 2008. Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom datang ke London untuk menyertai demonstrasi mengenai Gaza. Kebetulan telah bertemu, saya pun mengikut beliau dalam demonstrasi tersebut walaupun untuk sekejap sahaja.
Mari Terokai Keusahawanan Sosial
14 April
Wan Saiful Wan Jan
Saya berkecimpung dalam bidang keusahawanan sosial di kota London sejak kira-kita tiga tahun lalu. Kini saya menguruskan tiga projek bernilai kira-kira RM2.5 juta untuk membantu keusahawanan sosial di seluruh England mendapatkan kontrak mengendalikan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan juga untuk memenangi kontrak daripada pihak berkuasa sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun 2012.
Palestin: Bebaskan perdagangan untuk mencapai keamanan
Wan Saiful Wan Jan
2 April 2009
Tun Mahathir memberikan dua ucapan penting di kota London minggu ini. Pada 1 April beliau berucap di Royal Commonwealth Society mengenai agenda alternatif kumpulan G20. Tetapi tujuan utama beliau datang ke kota London ialah untuk menyampaikan ucap utama dalam satu persidangan mengenai Gaza yang dianjurkan oleh Yayasan Kuala Lumpur pada 31 Mac. Tun Mahathir merupakan pengasas dan pengerusi Yayasan Kuala Lumpur.

