Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Artikel
PERPINDAHAN KE LAMAN BARU
Sukacita dimaklumkan bahawa laman ini sedang dalam proses untuk dipindahkan ke www.AkademiMerdeka.org.
Sila lawati www.AkademiMerdeka.org untuk terus membaca.
Sila lawati www.ideas.org.my untuk maklumat lanjut mengenai pengganti Malaysia Think Tank
Jangan terperangkap agenda Barat
Oleh Wan Saiful Wan Jan
9/9/09: Jangan kita terperangkap dengan kata-kata manis aktivis alam sekitar yang hanya mengikut telunjuk negara-negara Barat, dan mengenepikan kepentingan pembangunan negara kita sendiri serta fakta sains mengenai perubahan iklim dunia.
Liberalisasi ekonomi tindakan bermoral
Oleh Wan Saiful Wan Jan
27/07/09: Saya harap kerajaan memastikan polisi negara dalam hal ini adalah sekata. Tidak ada gunanya jika Perdana Menteri bersusah payah mempromosikan kebaikan pasaran yang liberal, tetapi menteri-menteri lain berkempen “Beli Barangan Malaysia”. Kempen sebegini berlawanan dengan semangat liberalisasi yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri.
Sekolah, keusahawan sosial, dan perpaduan kaum
Oleh Wan Saiful Wan Jan
23/7/09: Salah satu tanda kejayaan mereka ialah hari terbuka yang mereka jalankan pada awal tahun ini. Buat pertama kali dalam sejarah kawasan berkenaan, lebih daripada dua ribu orang penduduk pelbagai kaum dan agama menghadiri hari terbuka dan bergaul mesra antara satu sama lain. Syarikat keusahawanan sosial itu telah berjaya memecahkan tembok yang memisahkan antara kaum-kaum yang berbeza.
Memperbaiki sekolah dengan keusahawanan sosial
Oleh Wan Saiful Wan Jan
25 Jun 2009: Sejak kebelakangan ini ramai yang memberi pandangan bagaimana sistem pendidikan negara kita boleh diperbaiki. Tetapi saya bimbang jika semua dasar pendidikan negara hanya diputuskan oleh beberapa orang individu di Putrajaya. Seharusnya, semua ibu bapa dilibatkan dalam proses ini. Bukan setakat dalam proses awal penggubalan dasar sahaja, tetapi ibu bapa perlu terlibat setiap hari dalam usaha mempertingatkan kualiti sekolah di negara kita.
Chin Peng, Komunisme dan Malaysia Merdeka
Oleh: Noor Amin bin Ahmad
18 Jun 2009
Chin Peng juga harus dijamin hak untuk mengundi dan terlibat dalam proses politik sebagaimana warganegara lain dalam keterbatasannya. Kerajaan dan orang ramai tidak harus gusar kerana di sinilah kita menunjukkan perbezaan Malaysia Merdeka berbanding negara Komunis. Malaysia Merdeka tidak harus hanya dilihat pada laungan Merdeka 1957, tetapi apa pengertian sebuah negara merdeka tanpa kebebasan dan keadilan untuk warganya.
Eratkan hubungan dengan parti Konservatif Britain
10 Jun 09: Parti Konservatif Britain merupakan sebuah parti yang mendokong prinsip-prinsip kebebasan. Parti tersebut membekalkan Britain dengan pemimpin-pemimpin yang menghapuskan jual beli hamba abdi, menghapuskan “Akta Jagung” yang menghalang perdagangan bebas, dan juga membantu menghapuskan pengaruh komunis. Beberapa orang pemimpin parti Konservatif juga membantu tanah air kita selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya, David Gammans dan Lord Marchwood berjasa menolong para pejuang kemerdekaan menentang Malayan Union.
Wakil rakyat dan wang rakyat
Oleh Wan Saiful Wan Jan
28 Mei 2009: Saya rasa di keluarga di raja Britain lebih telus daripada wakil rakyat di sini. Akaun pendapatan dan perbelanjaan tahunan keluarga di raja Britain boleh diperolehi secara terbuka sejak beberapa tahun lepas. Mungkin institusi raja di Malaysia boleh mengorak langkah yang sama dan menunjukkan kepimpinan, seperti yang telah dibuat oleh keluarga di raja Britain.
Harapan Untuk Zimbabwe
30 Mei 2009
Negara-negara membangun yang merendahkan sekatan perdagangan pada tahun 1990-an membangun tiga kali lebih pantas (5 peratus setahun) berbanding negara-negara yang tidak merobah dasar perdagangan mereka. Malangnya Zimbabwe telah meningkatkan lagi sekatan perdagangan. Negara itu kini merupakan negara ke tujuh paling teruk dalam ranking sekatan perdagangan Bank Dunia. Sekiranya Zimbabwe mempermudahkan proses penyediaan dokumen eksport yang kini mengambil masa 30 hari, atau 42 hari untuk import, itu sahaja akan membawa manfaat segera kepada usahawan di sana.

