Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
BLOG
Tokoh-tokoh politik sertai Malaysia Think Tank
Kuala Lumpur, 16 Februari 2009: Malaysia Think Tank hari ini mengumumkan pembentukan Kumpulan Penasihat Rentas Parti (Cross Party Advisory Group - CPAG) yang dianggotai oleh tokoh-tokoh politik daripada pelbagai parti. CPAG dianggotai oleh YB Datuk Nur Jazlan Mohamed (UMNO, Ahli Parlimen Pulai), YB Dato' Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat), YB Yusmadi Yusoff (PKR, Ahli Parlimen Balik Pulau), YBhg Sdr Wong Nai Chee (Ahli Jawatankuasa Pusat MCA) dan YM Tunku Aziz Ibrahim (Timbalan Pengerusi DAP).
WauBebas.org kini sebahagian daripada 'Atlas Global Initiative'
4 Februari 2009
Perpaduan di Malaysia
Prof. Khoo Khay Kim telah menyentuh isu perpaduan ini dari perspektif sejarah, pendidikan dan bahasa.
1. Subjek Sejarah di Malaysia tidak mendapat tempat sewajarnya.
2) Latihan perguruan mesti dirombak semula.
3) Kita mesti berusaha menguasai tiga bahasa: i) Bahasa kebangsaan, ii) Bahasa Antarabangsa dan iii) Bahasa pilihan lain dengan pilihan utama Arab, Cina atau Tamil.
UMNO boleh menjadi 'trend-setter' jika perkukuhkan persaingan dalaman
1 Feb 09: Sistem kuota yang diamalkan oleh UMNO sekarang menghalang muka-muka baru daripada tampil menawarkan diri untuk memimpin parti. Sekiranya diteruskan, sistem kuota hanya akan membantutkan proses pembaikan UMNO sendiri. Penghapusan sistem kuota akan mempertingkat persaingan dalam parti dan sekaligus menyumbang ke arah pembenterasan rasuah dan politik wang.
Ramah Mesra Bersama Lembaga Penasihat MTT
24 Januari 2009: Malaysia Think Tank mengadakan satu pertemuan ramah mesra untuk ahli Lembaga Penasihat dengan para pegawai pada 23 Januari 2009 di Carcosa Seri Negara. Dalam majlis tersebut, satu taklimat ringkas telah diadakan mengenai pencapaian Malaysia Think Tank setakat ini dan juga perancangan masa hadapan.
Islam Tidak Memusuhi Kebebasan
UmmahOnline.com sekali lagi telah sudi menyiarkan tulisan saya, kali ini Hijrah:Bukti Tingginya Kebebasan Dalam Islam.
Saya mempunyai minat yang tinggi untuk meneroka keluasan sikap Islam sebagai teks wahyu dan sikap Rasulullah s.a.w. (Al-Quran dan As-Sunnah) terhadap kebebasan. Apa yang sering terlihat dalam dunia Islam ialah Islam cukup skeptikal atau langsung memusuhi kebebasan. Entah kenapa, di dunia Islam banyak lapis masalah berkaitan kebebasan timbul.
Tulisan penuh boleh dibaca di sini
Islam dan Hak Pemilikan Harta
Saya sering mempertahankan bahawa pandangan libertarian atau umumnya liberalisme adalah lebih cocok dengan Islam berbanding pandangan ekonomi sosialisme.
Bagi menguatkan pendirian ini, saya telah berusaha menyiapkan tulisan penting iaitu tentang asas atau hak pemilikan harta. Syukur kerana UmmahOnline.Com, sebuah laman web yang popular dalam mengenengahkan pandangan rencam dalam dunia Islam sudi menyiarkannya.
Tulisan penuh boleh dibaca di sini
Datuk Zaid Ibrahim sertai Lembaga Penasihat Malaysia Think Tank
Datuk Zaid berkata: “Saya gembira dengan peluang untuk membantu Malaysia Think Tank. Para penggerak Malaysia Think Tank merupakan aktivis-aktivis muda yang iltizam dengan usaha memperkukuh demokrasi liberal di negara kita mengikut kerangka Perlembagaan dan juga berteraskan visi para pejuang kemerdekaan yang awal. Malaysia Think Tank merupakan organisasi yang unik dan saya akan cuba membantu sebanyak yang mungkin.”
Libertarian Alliance menyeru agar kembali kepada "gold standard"
Saya sedang membuat sedikit kajian mengenai krisis ekonomi yang melanda dunia. Semasa melayari beberapa laman web, saya terjumpa satu kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan saya, Dr Sean Gabb, pengarah Libertarian Alliance yang berpusat di kota London.
Selamat Hari Raya Aidul Adha
Malaysia Think Tank mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidul Adha kepada semua. Semoga Hari Raya ini membawa kerahmatan kepada anda dan keluarga.

