Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Ekonomi
Liberalisasi ekonomi tindakan bermoral
Oleh Wan Saiful Wan Jan
27/07/09: Saya harap kerajaan memastikan polisi negara dalam hal ini adalah sekata. Tidak ada gunanya jika Perdana Menteri bersusah payah mempromosikan kebaikan pasaran yang liberal, tetapi menteri-menteri lain berkempen “Beli Barangan Malaysia”. Kempen sebegini berlawanan dengan semangat liberalisasi yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri.
Memperbaiki sekolah dengan keusahawanan sosial
Oleh Wan Saiful Wan Jan
25 Jun 2009: Sejak kebelakangan ini ramai yang memberi pandangan bagaimana sistem pendidikan negara kita boleh diperbaiki. Tetapi saya bimbang jika semua dasar pendidikan negara hanya diputuskan oleh beberapa orang individu di Putrajaya. Seharusnya, semua ibu bapa dilibatkan dalam proses ini. Bukan setakat dalam proses awal penggubalan dasar sahaja, tetapi ibu bapa perlu terlibat setiap hari dalam usaha mempertingatkan kualiti sekolah di negara kita.
Harapan Untuk Zimbabwe
30 Mei 2009
Negara-negara membangun yang merendahkan sekatan perdagangan pada tahun 1990-an membangun tiga kali lebih pantas (5 peratus setahun) berbanding negara-negara yang tidak merobah dasar perdagangan mereka. Malangnya Zimbabwe telah meningkatkan lagi sekatan perdagangan. Negara itu kini merupakan negara ke tujuh paling teruk dalam ranking sekatan perdagangan Bank Dunia. Sekiranya Zimbabwe mempermudahkan proses penyediaan dokumen eksport yang kini mengambil masa 30 hari, atau 42 hari untuk import, itu sahaja akan membawa manfaat segera kepada usahawan di sana.
Akademi Merdeka 1 - 3 Mei 2009, Pulau Pinang, Malaysia
1 – 3 Mei 2009 (Jumaat – Ahad)
Tema: Kemuliaan sifat keusahawanan dan kapitalisme: Pengajaran daripada buku Atlas Shrugged oleh Ayn Rand
Tempat: Hotel Bayview, Pulau Pinang
Malaysia Think Tank kini membuka permohonan untuk menghadiri Akademi Merdeka kali ketiga. Akademi Merdeka kali ini akan mengkaji idea-idea berkaitan sifat keusahawanan dan kapitalisme yang diutarakan oleh buku Atlas Shrugged, dan meneliti aplikasinya pada masa sekarang.
Mari Terokai Keusahawanan Sosial
14 April
Wan Saiful Wan Jan
Saya berkecimpung dalam bidang keusahawanan sosial di kota London sejak kira-kita tiga tahun lalu. Kini saya menguruskan tiga projek bernilai kira-kira RM2.5 juta untuk membantu keusahawanan sosial di seluruh England mendapatkan kontrak mengendalikan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan juga untuk memenangi kontrak daripada pihak berkuasa sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun 2012.
Kami akan pantau janji-janji G20
10 April 09: Malaysia Think Tank mengumumkan penyertaan mereka dalam Gabungan Pembebasan Perdagangan (Freedom to Trade Coalition) – yang terdiri daripada lebih 60 pertubuhan masyarakat sivil dari 44 negara. Gabungan ini telah dilancarkan dengan rasminya di London pada 1 April 2009, sehari sebelum Sidang Kemuncak G20.
Perlidungan pemilikan harta diperlukan bagi membasmi kemiskinan
Wan Saiful Wan Jan
19 Mac 2009: Usaha membasmi kemiskinan di Malaysia hanya akan berjaya jika kita memperkukuhkan sistem untuk melindungi pemilikan harta fizikal dan intelektual. Para pembuat dasar, terutama di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, serta pemimpin politik negara perlu memberi perhatian kepada perkara ini. Mereka perlu memastikan perlidungan pemilikan harta dijadikan elemen utama strategi pembasmian kemiskinan negara kita.
Hayati semangat ASEAN dalam menghadapi krisis ekonomi.
Oleh: Wan Fadzrul Wan Bahrum dan Wan Saiful Wan Jan
2 Mac 2009: Persidangan ASEAN ke-14 di Thailand yang baru tamat pada 1 Mac lalu sepakat memutuskan bahawa negara-negara ASEAN perlu memastikan pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan tenaga manusia di rantau ini. Para pemimpin ASEAN menyatakan komitmen mereka menentang perlindungan dan sekatan perdagangan, serta mengurangkan campurtangan kerajaan dalam sistem pasaran. Sistem pasaran yang lebih liberal akan diperkukuhkan sebagai teras pembangunan ekonomi serantau.
Bola Sepak Malaysia Boleh Dimajukan
Kemerosotan prestasi bola sepak Malaysia dibincangkan sekali lagi. Selepas beberapa waktu, pasukan bola sepak kebangsaan ternyata tidak menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Justeru, sasaran Malaysia untuk berjaya buat kali pertama melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia pada tahun 2018 dipandang sinis oleh banyak pihak. Kedudukan semasa pasukan Malaysia di tangga ke-158 dalam ranking FIFA tentu saja memalukan kita apatah lagi melihat kepada prasarana yang gah di mata dunia.
Akademi Merdeka Januari 2009
16 – 18 January 2009
Tema: Globalisasi, pasaran bebas dan negara membangun
Tempat: Hotel Residence, UNITEN, Selangor
Akademi Merdeka kali kedua ini akan menganalisa secara mendalam maksud sebenar dan juga asas moral bagi kapitalisme, bagaimana globalisasi telah berjaya membawa kemakmuran kepada negara-negara membangun, dan kenapa kapitalisme pasaran bebas tetap merupakan cara terbaik untuk mara ke hadapan.

