Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.

Antarabangsa


Chin Peng, Komunisme dan Malaysia Merdeka

Oleh: Noor Amin bin Ahmad

18 Jun 2009

Chin Peng juga harus dijamin hak untuk mengundi dan terlibat dalam proses politik sebagaimana warganegara lain dalam keterbatasannya. Kerajaan dan orang ramai tidak harus gusar kerana di sinilah kita menunjukkan perbezaan Malaysia Merdeka berbanding negara Komunis. Malaysia Merdeka tidak harus hanya dilihat pada laungan Merdeka 1957, tetapi apa pengertian sebuah negara merdeka tanpa kebebasan dan keadilan untuk warganya.

Eratkan hubungan dengan parti Konservatif Britain

10 Jun 09: Parti Konservatif Britain merupakan sebuah parti yang mendokong prinsip-prinsip kebebasan. Parti tersebut membekalkan Britain dengan pemimpin-pemimpin yang menghapuskan jual beli hamba abdi, menghapuskan “Akta Jagung” yang menghalang perdagangan bebas, dan juga membantu menghapuskan pengaruh komunis. Beberapa orang pemimpin parti Konservatif juga membantu tanah air kita selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya, David Gammans dan Lord Marchwood berjasa menolong para pejuang kemerdekaan menentang Malayan Union.

Wakil rakyat dan wang rakyat

Oleh Wan Saiful Wan Jan

28 Mei 2009: Saya rasa di keluarga di raja Britain lebih telus daripada wakil rakyat di sini. Akaun pendapatan dan perbelanjaan tahunan keluarga di raja Britain boleh diperolehi secara terbuka sejak beberapa tahun lepas. Mungkin institusi raja di Malaysia boleh mengorak langkah yang sama dan menunjukkan kepimpinan, seperti yang telah dibuat oleh keluarga di raja Britain.

Chin Peng mesti memohon maaf

29 Mei 2009

Generasi saya sentiasa dituduh – dengan alasan yang baik – tidak memahami implikasi sejarah. Ia bukan saja dalam persoalan menafikan fakta, tetapi juga emosi membuak yang terus dirasa. Dengan peringatan berterusan kerajaan tentang Peristiwa 13 Mei, kesan besar kempen menakutkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) menyusut. Cadangan membenarkan Chin Peng pulang telah membangkitkan kemarahan keturunan mangsa dan juga tentera. Salah satu daripada surat penentangan ini bertanyakan: “Chin Peng, di mana kubur ayah saya?”. Generasi saya tidak berhak mengabaikan penderitaan mereka ini.

Kami akan pantau janji-janji G20

10 April 09: Malaysia Think Tank mengumumkan penyertaan mereka dalam Gabungan Pembebasan Perdagangan (Freedom to Trade Coalition) – yang terdiri daripada lebih 60 pertubuhan masyarakat sivil dari 44 negara. Gabungan ini telah dilancarkan dengan rasminya di London pada 1 April 2009, sehari sebelum Sidang Kemuncak G20.

Kajian Antarabangsa Pemilikan Harta: Malaysia di tempat ke-36

24 Februari 2009

Kuala Lumpur: Satu kajian antarabangsa yang dilancarkan oleh Malaysia Think Tank hari ini menunjukkan bahawa negara-negara yang melindungi hak pemilikan harta fisikal dan intelektual menikmati KDNK per kapita yang hampir sembilan kali lebih tinggi daripada negara-negara yang tidak menjaga hak pemilikan.

Golongan liberal di Malaysia perlu mengambil iktibar daripada Australia

Keith Leong
20 Februari 2009

Kajian ringkas saya bertajuk 'The Fall of the Liberal Party of Australia: Lessons for Malaysian liberals' yang diterbitkan oleh Malaysia Think Tank mendapati bahawa banyak yang boleh dipelajari oleh golongan liberal di Malaysia baik golongan liberal sosial mahupun golongan liberal ekonomi. Pengajaran-pengajaran ini berguna untuk kita tidak kira sama ada kita bergerak dalam parti-parti politik yang sedia wujud sekarang ini, mahupun jika kita menubuhkan sebuah Parti Liberal Malaysia yang baru.

Akademi Merdeka Januari 2009

16 – 18 January 2009
Tema: Globalisasi, pasaran bebas dan negara membangun
Tempat: Hotel Residence, UNITEN, Selangor

Akademi Merdeka kali kedua ini akan menganalisa secara mendalam maksud sebenar dan juga asas moral bagi kapitalisme, bagaimana globalisasi telah berjaya membawa kemakmuran kepada negara-negara membangun, dan kenapa kapitalisme pasaran bebas tetap merupakan cara terbaik untuk mara ke hadapan.

Bagaimana menghadapi krisis makanan global

oleh Douglas Southgate

Peningkatan global permintaan makanan yang dialami sekarang bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia, Jacques Diouf, berkata “Ia boleh dijangka, malahan kita telah pun menjangkanya. Masalah ini sebenarnya boleh dielak tetapi dunia gagal mengelaknya.”

Indonesia boleh menghalang pandemik flu burung

Menteri-menteri kesihatan sedunia bersidang pada 24-26 Oktober 2008 di Mesir untuk membincangkan bagaimana menangani flu burung (bird flu). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan bahawa ancaman pandemik global flu burung semakin tinggi dan vaksin untuk penyakit ini diperlukan segera. Biasanya penghasilan vaksin dihadkan oleh keupayaan teknologi. Tetapi kali ini penghalang utama penghasilan vaksin flu burung ialah permainan politik pemerintah Indonesia yang tidak mahu berkongsi bahan yang boleh membantu vaksin tersebut dihasilkan.

<!--Tiandaocn.org-->